Sains, Teknologi dan Inovasi
Inovasi Akar Umbi
Meningkatkan Kesejahteraan Hidup Masyarakat.
YIM melaksanakan inisiatif yang selari dengan dasar Kerajaan untuk memastikan negara mempunyai modal insan yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran pelbagai, berdaya kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan negara menjelang 2050 terutama untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama, selain menghadapi ledakan IR 4.0.


MyIS Akar Umbi
MyIS Akar Umbi merupakan sebuah projek yang bermatlamat untuk mempertingkatkan dan memacu usaha Pembangunan Inovasi Akar Umbi yang berpotensi di Malaysia melalui kolaborasi dengan pelbagai pihak seperti kerajaan, industri, masyarakat akar umbi dan golongan muda termasuk menyediakan peluang pembinaan kapasiti kepada pihak-pihak yang terlibat.